Wednesday, March 16, 2011

Berhati-Hati dgn Artikel Yang Disebarkan Melalui Internet

Assalamualaikum
hari saya nak kongsi sedikit lar tentang artikel yang berunsurkan keagaaman
terutama sekali yang berkaitan dengan agama islam yang disebarkan melalui internet.
yang paling utama ialah tentang dengan hal-hal yang berkaitan dengan 
cerita-cerita para anbia mahupun para-para nabi serta cerita-cerita yang berkaitan 
dengan hidup, mati, mahupun dunia dan akhirat.
labih -lebih lagi yang berkenaan dengan Al-quran, As-sunnah dan juga hadith.
hendaklah diingatkan bahawa kajilah terlebih dahulu dengan sumber yang
boleh dipercayai contohnya, guru agama, perawi hadith, pakar ilmu agama (mufti), buku hadith
ustaz, imam dan sumber lain yang boleh dirujuk.

Pada akhir-akhir ini banyak artikel-artikel yang berunsurkan ilmu keagamaan telah dipaparkan menerusi internet.
banyak hadis-hadis yang lemah (hadith daif) yang mana tidak boleh dipakai berbanding hadis soheh.
baru-baru ini saya telah terbaca sebuah artikel yang dipetik dari sebuah blog yang dipaparkan dalam sebuah 
laman sosial yang saya sertai (bukan facebook mahupun myspace)
artikal berkenaan tersebut adalah :

Dosa Yang Lebih Besar Daripada zina

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).





Demikianlah artikel berkenaan...
dan antara komen-komen yang diberi oleh pembace, rata-rata mempercayai artikel berkenaan
dan kemudian ada seorang pembaca artikel ini menyangkal artikel yang dan beranggapan hadith yang dikluarkan adlah lemah dan hampir kepada palsu.
Disini saya bukanlah hendakmenyokong pandangan beliau tetapi saya bersetuju dengan pendapat beliau yang disertakan dengan hadith yang soheh.
beliau telah mengeluarkan ahadith yang bertulis :

Dari Ibn Abbas r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah salallahu a'laihi wasallam bersabda: Berhati-hatilah kamu daripada hadith yang berasal dariku, kecuali kamu benar-benar mengetahui bahawa ia berasal dariku. Barangsiapa mendustakan perkataanku dengan sengaja maka dia telah membina tempat kediamannya daripada api neraka. Dan barangsiapa mentafsirkan Al-Qur’an mengikut pandangannya sendiri maka ia telah membina tempat kediaman daripada api neraka. (HR Tirmizi)

dan juga


Dari Jundab r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah salallahu a'laihi wasallam bersabda: Barangsiapa mentafsirkan Al-Qur’an mengikut pandangan atau pemikirannya sendiri walaupun betul ia tetap salah. (HR Abu Daud).
Keterangan : Maksud daripada hadith ini ialah, barangsiapa mentafsirkan Al-Quran mengikut pandangan dan pemikirannya sendiri, walaupun secara kebetulan tafsirannya betul ia tetap salah, kerana penafsirannya tidak dirujuk kepada hadith nabi dan tidak dirujuk alim ulama.




Disini saya ingin menegaskan bahawa kita hendaklah meneliti dulu kebenaran sini kandungan sesebuah 
kandungan artikel yang berbentuk keagaaman sebelum kita menyebarkan artikel berkenaan.
dan sebagai pembaca juga kita tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang artikel berkenaan paprkan.
melainkan kita tahu kesahihan ataupun kebenarannya
kita manusia sering melakukan kesilapan malah, apa yang kita lakukan kadangkal ada betulnya, ada juga silapnya...
jadi marilah sama-sama kita renungkan dan memperbetulkan meningkut apa yang kita tahu...
'perbetulkan menggunakan ilmu bukan nafsu'
Wallahua'alam
Assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment